Jom Berkembang: satu langkah pertumbuhan yang jelas
Perniagaan anda sudah berjalan, tetapi jualan mendatar. Anda sibuk setiap hari dan tiada masa untuk merancang langkah seterusnya. Dalam satu sesi semakan, kita memahami angka perniagaan anda, memilih satu keutamaan dan menyusun tindakan seterusnya. Anda melaksanakannya; bantuan pelaksanaan ST boleh dibincangkan melalui sebut harga berasingan.

“Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat.”
Watak contoh untuk menerangkan situasi perniagaan, bukan testimoni pelanggan.

Kenapa nama Ah Huat?Ah Huat dalam bahasa Hokkien bermaksud makmur. Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat. Sampai dia mula membaca angka sendiri.
Sesi semakan
Pakej Asas
Untuk melihat kedudukan perniagaan anda sekarang dan pelan 90 hari yang jelas.
- Sesi semakan angka 2 jam di Google Meet
- Semak 3 angka utama: jualan bulanan, anggaran untung operasi dan pembelian semula
- Pelan 90 hari bertulis: satu keutamaan dan 3 tindakan
- Transkrip sesi (dengan izin anda) dan senarai item tindakan dalam 1 hari bekerja
RM397
sekali bayar
Pakej Premium
Untuk anda yang mahu pelan itu disemak semula sepanjang 90 hari, bukan sekadar bermula.
- Semua dalam Pakej Asas
- 3 sesi susulan 1 jam dalam talian: hari ke-30, ke-55 dan ke-80
- Setiap sesi menyemak kemajuan dan membetulkan arah
- Tarikh ketiga-tiga sesi dihantar sebagai jemputan kalendar selepas sesi pertama
- Ebook RDT 06: Bisnes Huat Dengan Angka, percuma
RM697
sekali bayar
Sesi susulan Pakej Premium diambil dalam 5 hari bekerja dari tarikh sasarannya. Sesi yang tidak diambil tidak dibawa ke hadapan dan tiada bayaran balik. Untuk perniagaan yang sudah berjalan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Apa yang kita semak
Kita menyemak jualan bulanan, anggaran untung operasi dan pembelian semula. Jika rekod tersedia, kita turut melihat produk terlaris serta sumber pertanyaan. Belum mempunyai rekod lengkap? Bawa maklumat yang ada, dan kita kenal pasti rekod yang perlu dimulakan.
- JualanJumlah jualan dan produk yang paling laris.
- Pelanggan baharuBerapa ramai dan dari mana mereka datang.
- Pelanggan berulangCorak pembelian semula dan maklum balas pelanggan, jika tersedia.
- Sumber tempahanGoogle, media sosial, WhatsApp atau cadangan kawan.
Langkah demi langkah
Selepas bayaran, anda akan menerima borang ringkas tentang angka perniagaan anda dan pautan untuk menempah sesi.
Sesi semakan 2 jam
Kita melihat angka perniagaan anda bersama dan mengenal pasti satu keutamaan berdasarkan rekod yang anda bawa.
Pilih satu fokus
Contohnya ulasan Google, pakej baharu, program pelanggan setia atau susulan pelanggan lama.
Laksanakan
Anda melaksanakan fokus itu berpandukan pelan 90 hari bertulis. Jika perlukan bantuan pelaksanaan seperti templat, borang atau automasi kecil, minta sebut harga berasingan.
Semakan seterusnya
Pakej Asas: tempah semakan tambahan jika diperlukan. Pakej Premium: gunakan tiga sesi susulan yang termasuk dalam pakej.
Soalan lazim
Apakah beza Pakej Asas dan Pakej Premium?
Pakej Asas (RM397) merangkumi sesi 2 jam, pelan 90 hari bertulis, transkrip dan item tindakan dalam 1 hari bekerja. Pakej Premium (RM697) menambah 3 sesi susulan 1 jam pada hari ke-30, ke-55 dan ke-80 serta ebook RDT 06 percuma. Setiap sesi susulan diambil dalam 5 hari bekerja dari tarikh sasarannya.
Siapa yang sesuai untuk Jom Berkembang?
Perniagaan yang sudah berdaftar, mudah ditemui dalam talian dan menerima tempahan secara konsisten, tetapi jualannya mendatar.
Apakah beza Jom Berkembang dengan Jom Kekal Dilihat?
Jom Kekal Dilihat menguruskan kandungan media sosial anda. Jom Berkembang melihat keseluruhan perniagaan: angka jualan, pelanggan baharu, pelanggan berulang dan sumber tempahan, kemudian memilih satu langkah pertumbuhan.
Apakah contoh fokus pertumbuhan?
Contohnya menambah ulasan Google, mencipta pakej baharu, program pelanggan setia, susulan pelanggan lama atau automasi kecil untuk menjimatkan masa.
Perlukah saya mengambil semua pakej sebelum ini?
Tidak. Jika perniagaan anda sudah berjalan, kita boleh bermula dengan Pakej Asas untuk melihat di mana kedudukan anda sekarang.
Perlukah saya melanggan?
Tidak. Jom Berkembang ialah pakej sekali bayar. Tiada langganan dan tiada caj automatik. Pakej Premium merangkumi 3 sesi susulan pada hari ke-30, ke-55 dan ke-80; selepas 90 hari, tempah pakej baharu bila anda mahu.
Mahu buat sendiri atau belajar dalam kelas?
Mahu buat sendiri, atau belajar bersama orang lain? Pilih cara yang sesuai dengan bajet dan masa anda.
Buat sendiri
Ebook Bisnes Huat Dengan Angka
RDT 06 bersama Ah Huat. PDF + versi web, senarai semak dan bonus templat. RM65 sekali bayar.
Lihat ebook →Belajar dalam kelas
Kelas Berkembang
Iklan Meta pertama, program afiliat dan sistem People → Process → System.
Tanya jadual kelas →Bantuan ST mengikut keperluan perniagaan
Tidak perlu mengambil semua pakej. Pilih bantuan yang anda perlukan sekarang.
1
2
3
4
5