Bisnes Huat Dengan Angka Kira, Rancang, Berkembang
Sibuk setiap hari, tapi tak huat? Ikut Ah Huat, pemilik van dandanan kucing di Kuching, merekod dan memahami lima angka perniagaan, mengira harga pakej dan menyusun pelan 90 hari.


Kenapa nama Ah Huat?Ah Huat dalam bahasa Hokkien bermaksud makmur. Nama jer Ah Huat, tapi bisnes tak huat-huat. Sampai dia mula membaca angka sendiri.

Untuk siapa: Peniaga servis yang sudah ada pelanggan tetap dan mahu memahami anggaran untung dan kemampuan perniagaan sebelum menambah pekerja, van atau cawangan.
Apa yang anda peroleh
- Templat Google Sheets 5 Angka BisnesBuat salinan ke Google Drive anda. Formula disediakan. Masukkan angka perniagaan dan andaian kos anda, kemudian semak hasil pengiraan.
- Bonus 1: Templat 5 AngkaLima angka, harga pakej, senarai pelanggan dan kiraan van kedua.
- Bonus 2: Perancang pakejSusun tiga pakej yang jelas untuk pelanggan.
- Bonus 3: 10 skrip WhatsAppUntuk memaklumkan harga baharu, membuat susulan dan meminta rujukan pelanggan.
- Bonus 4: Pelan 90 hariLangkah mingguan untuk menguji perubahan sebelum menambah komitmen.
- Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak rekod jualan, kos, harga dan untung anda.
- Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.
Isi kandungan: panduan angka perniagaan dan harga pakej
Enam bab, setiap satu dengan kisah Ah Huat, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.
- Bab 1Sibuk setiap hari, tapi tak huat
- Bab 2Lima angka bisnes
- Bab 3Pakej dan harga yang dikira
- Bab 4Laluan dan jadual yang jimat
- Bab 5Pelanggan ulang dan rujukan
- Bab 6Pelan 90 hari
Pratonton satu halaman

Mula dalam 3 langkah
Buat persediaan awal (sekitar 30 minit) di halaman Mula di sini.
Kumpulkan rekod servis siap, jualan, kos dan penyata bank bulan lepas. Bezakan jualan daripada deposit, pinjaman dan modal sendiri.
Muat turun templat Google Sheets di Bonus 1.
Simpan dalam Google Drive anda, kemudian isi tab 5 Angka (Bab 2).
Buat semakan 20 perkara di Bonus 5.
Kemudian mulakan dengan bab yang berkaitan dengan perkara yang paling perlu anda baiki.
Cara anda menerima ebook
Bayar melalui CHIP
Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.
Terus ke halaman ebook anda
Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.
Simpan PDF
Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.
Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.
Soalan lazim
Adakah ini sistem perakaunan atau pengiraan cukai?
Tidak. Buku ini membantu anda merekod dan membaca angka asas untuk membuat keputusan. Untuk cukai dan penyata kewangan, rujuk LHDN atau akauntan. Rekod dan dokumen yang digunakan untuk pengiraan cukai perlu disimpan selama tujuh tahun mengikut keperluan HASiL.
Bolehkah saya guna jika rekod belum lengkap?
Boleh. Mula dengan angka bulan lepas yang anda ada. Bab 2 menunjukkan angka mana yang perlu direkod mulai bulan ini.
Bagaimana saya menerima ebook ini?
Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.
Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?
Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.
Bolehkah saya kongsi dengan kawan?
Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.
Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?
Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.
Perlukah saya ada akaun Google?
Hanya untuk templat Google Sheets. Anda membuat salinan ke Google Drive anda sendiri, jadi data anda kekal dalam akaun anda.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST
Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?
RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.
Dapatkan bantuan ST
Jom Berkembang
Sesi semakan angka sekali bayar bersama ST untuk memilih satu langkah pertumbuhan.
Lihat pakej →Belajar dalam kelas
Kelas Baca Angka Perniagaan
Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.
Tanya jadual kelas →Siri Ebook ST · 6 buku
1
2
3
4
5