Logo STSynthesist TransformationMulakan perniagaan dengan betul
RDT 05 · Read & Do Tools · Kisah Nizam

Kelas Penuh, Kandungan Teratur Rancang, Rakam, Siar Setiap Minggu

Sukar mengekalkan hantaran setiap minggu? Ikut Nizam merancang empat tema utama kandungan, templat kalendar 12 minggu, dengan empat minggu pertama dirancang dahulu, dan rakaman beberapa bahan dalam satu sesi, dengan izin yang direkodkan.

RM65sekali bayar · PDF + versi web + bonus
Kulit ebook Kelas Penuh, Kandungan Teratur: Rancang, Rakam, Siar Setiap Minggu

Kenapa nama Nizam?Nizam dalam bahasa Arab bermaksud sistem atau susunan. Nama jer Nizam, tapi kandungan tak ada sistem langsung. Sampai dia susun satu rentak yang tetap.

FormatPDF 70 halaman + versi web
MulaPersediaan awal sekitar 30 minit
AksesTerus ke halaman akses selepas bayaran
Hasil latihanKalendar 12 minggu dengan empat minggu pertama diisi
Pelepasan cukai LHDN atau kos operasi perniagaan: pembelian ebook pendidikan perniagaan ini mungkin layak untuk pelepasan cukai gaya hidup (pembelian peribadi) atau boleh direkodkan sebagai kos operasi perniagaan anda; pilih satu kategori sahaja. Simpan resit rasmi yang dihantar ke e-mel anda. Pelepasan terakhir tertakluk kepada syarat LHDN.

Untuk siapa: Pemilik perniagaan kecil yang mahu menyiarkan kandungan secara konsisten dengan masa persediaan yang lebih teratur, termasuk yang merakam pelanggan atau pelajar dan perlu mendapatkan izin.

Apa yang anda peroleh

  • Templat Google Sheets kalendar kandunganBuat salinan ke Google Drive anda. Struktur dan formula disediakan. Isi idea, tarikh, status hantaran dan angka prestasi anda.
  • Bonus 1: Templat kalendarKalendar, bank idea, rekod izin dan angka bulanan dalam satu fail.
  • Bonus 2: 52 idea hantaranSatu idea untuk setiap minggu dalam setahun.
  • Bonus 3: Senarai rakamanRakam banyak kandungan dalam satu sesi.
  • Bonus 4: Borang izinUntuk merekod pilihan ibu bapa atau penjaga tentang rakaman dan penggunaan gambar atau video anak.
  • Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak perancangan, rakaman, izin dan jadual kandungan anda.
  • Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.

Isi kandungan: panduan rancang kandungan media sosial

Enam bab, setiap satu dengan kisah Nizam, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.

  1. Bab 1Kenapa siar ikut mood tidak menjadi?
  2. Bab 2Empat tiang kandungan
  3. Bab 3Kalendar 12 minggu
  4. Bab 4Rakam berkelompok, dengan izin
  5. Bab 5Jadualkan dan balas
  6. Bab 6Baca angka sebulan sekali

Pratonton satu halaman

Pratonton halaman latihan dalam RDT 05
Besarkan pratonton ↗ · Halaman Bab 1: contoh Nizam dan senarai semak sebelum menulis tiang kandungan anda.

Mula dalam 3 langkah

  1. Buat persediaan awal (sekitar 30 minit) di halaman Mula di sini.

    Lihat sehingga 12 hantaran terakhir, jika ada. Kemudian tulis 5 soalan yang pelanggan selalu tanya.

  2. Muat turun templat Google Sheets di Bonus 1.

    Simpan dalam Google Drive anda, kemudian tulis empat tema utama kandungan, yang disebut tiang kandungan dalam buku (Bab 2).

  3. Buat semakan 20 perkara di Bonus 5.

    Kemudian mulakan dengan bab yang berkaitan dengan perkara yang paling perlu anda baiki.

Cara anda menerima ebook

  1. Bayar melalui CHIP

    Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.

  2. Terus ke halaman ebook anda

    Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.

  3. Simpan PDF

    Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.

Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.

Polisi produk digital: Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar. Polisi ini tidak mengehadkan hak pembeli di bawah undang-undang yang terpakai. Jika fail rosak atau tidak boleh dibuka, hubungi kami dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Hari bekerja ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum yang terpakai kepada operasi ST. Baca Polisi Bayaran Balik & Penghantaran.

Soalan lazim

Adakah saya perlu menyiarkan hantaran setiap hari?

Tidak. Kalendar dalam buku ini menggunakan tiga hantaran seminggu sebagai contoh. Anda boleh menyesuaikan kekerapan mengikut masa anda.

Adakah kalendar sudah diisi untuk perniagaan saya?

Templat menyediakan ruang 12 minggu. Anda menggunakan panduan dan contoh untuk mengisi empat minggu pertama mengikut perniagaan sendiri. Kalendar tersuai yang ST siapkan ialah bantuan berasingan.

Bagaimana saya menerima ebook ini?

Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.

Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?

Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.

Bolehkah saya kongsi dengan kawan?

Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.

Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?

Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.

Perlukah saya ada akaun Google?

Hanya untuk templat Google Sheets. Anda membuat salinan ke Google Drive anda sendiri, jadi data anda kekal dalam akaun anda.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST

Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?

RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.

Dapatkan bantuan ST

Jom Kekal Dilihat

ST rancang dan siapkan kandungan untuk sebulan, dibayar sekali tanpa langganan.

Lihat pakej →

Belajar dalam kelas

Kelas Rancang Kandungan Media Sosial

Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.

Tanya jadual kelas →
RM65 · RDT 05Beli sekarang →