Dari Dapur ke Tempahan Teratur Kira Harga, Susun Tempahan, Simpan Rekod
Berapa kos sebenar sebiji kek? Ikut Rojani mengira harga yang adil, menyusun semua tempahan di satu tempat dan menyimpan rekod jualan serta resit.


Kenapa nama Rojani?Rojani ialah nama yang dekat dengan roja, iaitu bunga ros dalam bahasa Tamil. Cantik macam bunga ros, tapi sepotong kek dia lagi murah dari sekuntum ros. Harga perlu dikira, bukan diteka.

Untuk siapa: Peniaga makanan dari rumah dan perniagaan tempahan yang masih mengurus tempahan melalui mesej yang berselerak, dan tertanya-tanya sama ada harga semasa mencukupi untuk menampung kos dan memberi lebihan.
Apa yang anda peroleh
- Templat Google Sheets tempahan dan rekod kewanganBuat salinan ke Google Drive anda. Formula disediakan. Masukkan maklumat tempahan dan angka kos anda pada ruangan yang ditetapkan.
- Bonus 1: Kalkulator hargaAnggarkan kos berdasarkan bahan, masa dan imbuhan untuk kerja anda sendiri.
- Bonus 2: 12 skrip WhatsAppBalasan pantas untuk pertanyaan harga, deposit dan penyerahan pesanan.
- Bonus 3: Templat Google Forms, Google Sheets dan OrderlaPilih cara terima tempahan yang sesuai dengan anda.
- Bonus 4: Pelan perayaanSusun tempahan musim raya tanpa panik.
- Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak harga, borang tempahan, rekod dan proses bayaran anda.
- Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.
Isi kandungan: panduan kira kos dan urus tempahan makanan dari rumah
Enam bab, setiap satu dengan kisah Rojani, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.
- Bab 1Berapa kos sebenar sebiji kek?
- Bab 2Harga yang adil dan katalog
- Bab 3Satu tempat untuk semua tempahan
- Bab 4Bayaran, deposit dan serahan
- Bab 5Musim perayaan tanpa panik
- Bab 6Rekod jualan, belanja dan resit
Pratonton satu halaman

Mula dalam 3 langkah
Buat persediaan awal (sekitar 30 minit) di halaman Mula di sini.
Pilih produk paling laris, kumpul resit bahan dan tulis harga sekarang.
Muat turun templat Google Sheets di Bonus 3.
Simpan dalam Google Drive anda, kemudian anggarkan kos berdasarkan rekod bahan, masa dan belanja anda dalam Bab 1.
Buat semakan 20 perkara di Bonus 5.
Kemudian mulakan dengan bab yang berkaitan dengan perkara yang paling perlu anda baiki.
Cara anda menerima ebook
Bayar melalui CHIP
Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.
Terus ke halaman ebook anda
Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.
Simpan PDF
Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.
Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.
Soalan lazim
Adakah templat ini mengira untung secara automatik?
Templat mengira daripada angka yang anda masukkan. Hasilnya bergantung pada ketepatan rekod kos dan jualan anda.
Perlukah saya menggunakan Orderla?
Tidak. Bab 3 memberi dua pilihan: Google Form dengan Google Sheets, atau Orderla. Pilih yang sesuai dengan cara anda berniaga.
Bagaimana saya menerima ebook ini?
Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.
Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?
Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.
Bolehkah saya kongsi dengan kawan?
Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.
Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?
Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.
Perlukah saya ada akaun Google?
Hanya untuk templat Google Sheets dan Google Forms. Anda membuat salinan ke Google Drive anda sendiri, jadi data anda kekal dalam akaun anda.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST
Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?
RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.
Dapatkan bantuan ST
Jom Urus Tempahan
ST sediakan borang tempahan, helaian tempahan dan balasan pantas WhatsApp untuk perniagaan anda.
Lihat pakej →Belajar dalam kelas
Kelas Urus Tempahan dan Balasan WhatsApp
Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.
Tanya jadual kelas →Siri Ebook ST · 6 buku
1
2
3
5
6