Logo STSynthesist TransformationMulakan perniagaan dengan betul
RDT 03 · Read & Do Tools · Kisah Muthu

Dari Hasil Kerja ke Profil Google Panduan Kontraktor

Kerja anda bagus, tapi kenapa orang tak jumpa? Ikut Muthu, seorang kontraktor, menyediakan Profil Perniagaan Google menggunakan akaun yang anda kawal sendiri.

RM65sekali bayar · PDF + versi web + bonus
Kulit ebook Dari Hasil Kerja ke Profil Google: Panduan Kontraktor

Kenapa nama Muthu?Muthu dalam bahasa Tamil bermaksud mutiara. Jangan sebab nama Muthu, bisnes pun tersorok macam mutiara dalam kerang. Mutiara perlu ditemui.

FormatPDF 97 halaman + versi web
MulaPersediaan awal sekitar 30 minit
AksesTerus ke halaman akses selepas bayaran
Hasil latihanMaklumat profil disediakan dan langkah pengesahan diikuti
Pelepasan cukai LHDN atau kos operasi perniagaan: pembelian ebook pendidikan perniagaan ini mungkin layak untuk pelepasan cukai gaya hidup (pembelian peribadi) atau boleh direkodkan sebagai kos operasi perniagaan anda; pilih satu kategori sahaja. Simpan resit rasmi yang dihantar ke e-mel anda. Pelepasan terakhir tertakluk kepada syarat LHDN.

Untuk siapa: Kontraktor dan peniaga servis tempatan yang mahu muncul apabila orang mencari di Google Carian dan Google Maps, dan mahu ulasan sebenar daripada pelanggan. Profil Perniagaan Google adalah untuk perniagaan yang memenuhi syarat Google, lazimnya yang berjumpa pelanggan secara bersemuka, termasuk yang pergi ke lokasi pelanggan. Perniagaan dalam talian sahaja tidak semestinya layak.

Apa yang anda peroleh

  • Bonus 1: 52 idea hantaranSatu untuk setiap minggu, termasuk musim perayaan dan musim hujan.
  • Bonus 2: 20 skrip WhatsAppTermasuk skrip meminta ulasan terus dari tapak kerja.
  • Bonus 3: 30 prompt AIUntuk penerangan, servis, kapsyen dan balasan ulasan.
  • Bonus 4: Penjejak 90 hariPantau panggilan, permintaan arah dan ulasan setiap minggu, jika data tersedia.
  • Bonus 5: Semakan 20 perkaraSemak profil anda sebelum dan selepas disiarkan.
  • Sokongan akses 7 hari bekerjaSelama 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar. Hubungi kami jika fail atau pautan tidak dapat dibuka.

Isi kandungan: panduan Profil Perniagaan Google untuk kontraktor

Enam bab, setiap satu dengan kisah Muthu, langkah kerja, senarai semak dan hasil yang jelas di hujung bab.

  1. Bab 1Kerja anda bagus. Kenapa orang tak jumpa?
  2. Bab 2Sediakan profil yang betul, kekal milik anda
  3. Bab 3Penerangan perniagaan dan servis yang pelanggan faham
  4. Bab 4Gambar kerja sebagai bukti
  5. Bab 5Ulasan tanpa rasa segan
  6. Bab 6Jaga profil tanpa pening

Pratonton satu halaman

Pratonton halaman latihan dalam RDT 03
Besarkan pratonton ↗ · Halaman latihan Bab 1: cari perniagaan anda di Google Maps seperti pelanggan, catat 3 pesaing dan apa yang pelanggan lihat.

Mula dalam 3 langkah

  1. Baca Bab 1 (15 minit).

    Kenali faktor utama yang mempengaruhi paparan profil dalam carian tempatan.

  2. Buat semakan profil 20 perkara di Bonus 5.

    Anda akan nampak bahagian mana yang perlu dibaiki dahulu.

  3. Ikut pelan lima hari di bahagian Cara Guna.

    Buat mengikut masa anda. Pengesahan Google mungkin mengambil masa tambahan. Selepas profil siap, guna rutin sekitar 15 minit seminggu untuk menjaganya.

Cara anda menerima ebook

  1. Bayar melalui CHIP

    Gunakan kaedah yang tersedia pada halaman bayaran CHIP. Isi nama, e-mel dan nombor telefon yang betul.

  2. Terus ke halaman ebook anda

    Selepas bayaran berjaya, anda dibawa ke halaman akses. Simpan pautannya untuk dibuka semula. Pautan yang sama dihantar ke e-mel anda dalam 1 hari bekerja.

  3. Simpan PDF

    Buka pautan, muat turun PDF dan simpan ke Google Drive atau Files di telefon anda.

Mahu kesemua 6 buku? Koleksi Lengkap 6 Ebook RDT: RM339 sahaja (jimat RM51), pautan akses semua buku melalui e-mel dalam 1 hari bekerja.

Polisi produk digital: Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar. Polisi ini tidak mengehadkan hak pembeli di bawah undang-undang yang terpakai. Jika fail rosak atau tidak boleh dibuka, hubungi kami dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Hari bekerja ialah Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum yang terpakai kepada operasi ST. Baca Polisi Bayaran Balik & Penghantaran.

Soalan lazim

Profil Google percuma. Apa yang saya bayar?

RM65 ialah harga panduan ST, versi web dan bahan tambahan untuk anda ikut langkahnya sendiri. Ia bukan caj Google dan bukan bayaran untuk menjamin pengesahan profil.

Bolehkah kontraktor tanpa kedai guna panduan ini?

Boleh, jika perniagaan anda berjumpa pelanggan di lokasi mereka. Buku ini menunjukkan cara menetapkan kawasan servis dan menyembunyikan alamat rumah.

Bagaimana saya menerima ebook ini?

Selepas bayaran berjaya, anda terus dibawa ke halaman akses ebook anda, dengan butang versi web dan muat turun PDF. CHIP menghantar resit ke e-mel anda, dan ST menghantar pautan akses yang sama ke e-mel itu dalam 1 hari bekerja.

Perlukah sambungan internet setiap kali membaca?

Versi web memerlukan sambungan internet. PDF boleh dimuat turun sekali dan dibaca tanpa internet. Tanda dan catatan versi web disimpan dalam pelayar pada peranti yang digunakan; simpan salinan kemajuan sebelum menukar peranti atau memadam data pelayar.

Bolehkah saya kongsi dengan kawan?

Pautan akses adalah untuk pembeli sahaja. Jika kawan anda berminat, kongsi halaman ini supaya mereka boleh membeli sendiri.

Bagaimana jika fail tidak boleh dibuka?

Hubungi kami melalui e-mel atau WhatsApp dalam 7 hari bekerja dari tarikh pautan akses dihantar untuk bantuan dan fail gantian. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, kami akan menilai penyelesaian lanjut mengikut polisi dan undang-undang yang terpakai. Kami tidak menawarkan bayaran balik kerana pertukaran fikiran selepas pautan akses dihantar.

Perlukah saya ada akaun Google?

Ya. Anda memerlukan akaun Google untuk mengurus Profil Perniagaan Google. Jika anda menggunakan bahan tambahan dalam Google Drive, gunakan akaun Google anda sendiri.

Ditulis oleh Miss Sugu (Suguneswari Thambymuthu), pengasas Synthesist Transformation Enterprise (PG0586128-K). Panduan ini menggabungkan langkah kerja, contoh perniagaan kecil dan sumber rasmi yang dinyatakan dalam buku. Tentang ST

Perlukan bantuan untuk melaksanakannya?

RM65 ialah pembelian panduan untuk dibuat sendiri. Kelas dan bantuan pelaksanaan ialah pilihan berasingan, dengan harga sendiri.

Dapatkan bantuan ST

Jom Mudah Ditemui

ST membantu menyediakan Profil Perniagaan Google dan akaun pada 5 platform media sosial mengikut skop pakej.

Lihat pakej →

Belajar dalam kelas

Kelas Mudah Ditemui

Kelas kumpulan kecil bersama Miss Sugu.

Tanya jadual kelas →
RM65 · RDT 03Beli sekarang →